Bayangkan pada suatu hari anda menerima panggilan dari kampung yang mengatakan ibu anda sedang sakit, tetapi anda tidak dapat pulang ke kampung kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera kerana pampasannya berjumlah sejuta ringgit. Niat anda cume 1 iaitu ingin menolong keluarga dan menampung kos perubatan ibu anda yang sedang sakit sekarang ini. Jadi anda menyatakan bahawa anda tidak dapat pulang untuk menjenguknya... Seminggu selepas itu projek anda berjaya dan anda mendapat wang yang telah dijanjikan. Anda berhasrad ingin pulang ke kampung hujung minggu nanti, tiba-tiba anda menerima panggilan buat kali ke 2 dari kampung yang menyatakan ibu anda sudah pergi buat selama-lamanya. Anda berasa sungguh bersalah kerana tidak pulang dahulu,fikiran anda bercelaru dan segera pulang ke kampung....
Apabila sampai di rumah anda melihat sekujur tubuh sedang terbaring dan di tutupi dengan kain putih, anda mendengar sayu-sayu suara orang menbaca yasin.. Anda menatap wajah ibu anda, memeluk, mengucup dahinya yang sudah pucat dan tidak bernyawa.. Tapi itu semua sudah terlambat, adakah dengan wang sejuta ringgit itu anda mampu membeli nyawa ibu anda semula??? Fikirkanlah, kalau aku pulang dulu aku mesti sempat menatap wajah ibu, meminta ampun kepadanya, menjaganya semasa dia sedang sakit atau berada di sisinya di saat-saat akhir hayatnya.... Wang bukanlah segala-galanya, jangan hanya mengejar kehidupan di duniawi semata-mata, akhirat juga yang kekal untuk selamanya..... JANGAN JADI INSAN YANG BERDOSA, KECEWA DAN MERANA SEPANJANG HAYAT. (FIKIR SEJENAK).
Khamis, 5 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan