Isnin, 23 Mac 2009

Kayu Kokka



Kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini, ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera & tongkat Nabi Nuh AS, dan Nabi Syuaib AS sendiri diperbuat dari kayu kokka.

Kayu kokka terdapat perbagai rahsia & kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung.Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih. Kayu kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.

Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..

Kayu Kokka yang paling baik mutunya berasal dari negara turki. Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria, Iran & Mesir. Untuk mengenal ciri-ciri Kayu Kokka & lain-lain lagi sila lawati:http://www.darulnuman.com/

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT & yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.

semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara

(INSYA ALLAH)

Jumaat, 20 Mac 2009

Cinta Palsu Inilah Buktinya



Bercinta sama cinta, kononnya sanggup sehidup semati

Bila dah berisi laki angkat kaki, tinggallah si mangsa seorang diri.

Angkara hidup bebas tampa batasan agama, janin-janin yang tidak berdosa menjadi mangsa manusia durjana.
Bayi yang suci dan tidak berdosa di buang merata-rata.
Di mana perginya sikap perikemanusiaan.
Apa salah meraka????
Wahai kawan-kawan ku sekalian, ingatlah dengan melakukan zina sudah begitu besar dosanya, janganlah menambah dosa yang tidak terperi azabnya.......

Khamis, 19 Mac 2009

Kata-Kata


Kata-kata yang di ucapkan sebarangan akan mewujudkan perselisihan,
Kata-kata yang kejam akan menghancurkan sesuatu kehidupan,
Kata-kata yang kene pada tempatnya akan dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dan sayang dapat menyembuhkan dan memberkati...

Pupuk Minda Sihat


Untuk menangani stress amalkan 10 B

  1. Bernafas dengan dalam.
  2. Bertenang.
  3. Berurut.
  4. Berehat & dengar muzik.
  5. Berkata relakslah.
  6. Bersenam.
  7. Beriadah.
  8. Berfikir positif.
  9. Beribadat.
  10. Berdoa banyak-banyak semoga sihat selalu..








Rabu, 18 Mac 2009

Pangkat vs Maruah


Adakah pangkat lebih penting dari maruah???
Di dunia ini manusia berlumba-lumba mengejar pangkat dan darjat sehingga ade yang sanggup gadaikan maruah...
Ingatlah wahai kawan-kawan ku, kita hidup di dunia ini cuma sementara sahaja. Pangkat dan darjat tidak boleh dibawa bersama, di akhirat jua kita kekal untuk selamanya..
Setinggi manapun pangkat kita di dunia ini, kite tetap akan ke tanah juga
Tetapi....
Selagi kita masih bermaruah selagi itu masyarakat akan pandang tinggi, hormat dan di pandang tinggi oleh semua...
Wahai kawan-kawan ingatlah, walau di mana kita,tinggi mana pangkat kita, di mana level kita, banyak manepun wang kita.
Kita tetap same, manusia yang bersujud pada tuhan yang satu....




Selasa, 17 Mac 2009

Senyum Aje.

Kalaw orang kate kita gila, kita senyum je.
Kalaw orang kate kita tak guna, bodoh ape sume, kita senyum lagi.
Kalaw orang tampo muka kita, kita senyum jugak.
Kalaw orang nak bunuh kita, memang sah gila, kalaw kite tunggu lagi hahahahaha....
lari la...

Rabu, 11 Mac 2009

Tanya???


Bertanya pada diri sudah pastikah haluan diri?
Bertanya pada hati sudah wujudkah rasa simpati?
Bertanya pada jiwa sudah mampukah mengharungi kecewa?
Berapa lama lagikah kita harus bertanya......

Khamis, 5 Mac 2009

Untuk Ibu

ReNuNgAn KiTa...

Bayangkan pada suatu hari anda menerima panggilan dari kampung yang mengatakan ibu anda sedang sakit, tetapi anda tidak dapat pulang ke kampung kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera kerana pampasannya berjumlah sejuta ringgit. Niat anda cume 1 iaitu ingin menolong keluarga dan menampung kos perubatan ibu anda yang sedang sakit sekarang ini. Jadi anda menyatakan bahawa anda tidak dapat pulang untuk menjenguknya... Seminggu selepas itu projek anda berjaya dan anda mendapat wang yang telah dijanjikan. Anda berhasrad ingin pulang ke kampung hujung minggu nanti, tiba-tiba anda menerima panggilan buat kali ke 2 dari kampung yang menyatakan ibu anda sudah pergi buat selama-lamanya. Anda berasa sungguh bersalah kerana tidak pulang dahulu,fikiran anda bercelaru dan segera pulang ke kampung....
Apabila sampai di rumah anda melihat sekujur tubuh sedang terbaring dan di tutupi dengan kain putih, anda mendengar sayu-sayu suara orang menbaca yasin.. Anda menatap wajah ibu anda, memeluk, mengucup dahinya yang sudah pucat dan tidak bernyawa.. Tapi itu semua sudah terlambat, adakah dengan wang sejuta ringgit itu anda mampu membeli nyawa ibu anda semula??? Fikirkanlah, kalau aku pulang dulu aku mesti sempat menatap wajah ibu, meminta ampun kepadanya, menjaganya semasa dia sedang sakit atau berada di sisinya di saat-saat akhir hayatnya.... Wang bukanlah segala-galanya, jangan hanya mengejar kehidupan di duniawi semata-mata, akhirat juga yang kekal untuk selamanya..... JANGAN JADI INSAN YANG BERDOSA, KECEWA DAN MERANA SEPANJANG HAYAT. (FIKIR SEJENAK).

Rabu, 4 Mac 2009

Hanya Satu..

Kita mempunyai satu keluarga, satu ayah, satu emak, satu nyawa dan satu peluang untuk merasainya. Jadi kita harus menghargai semua itu dengan satu kenikmatan yang abadi. Pengorbanan emak dan ayah adalah satu pengorbanan yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Meraka yang membesarkan kita, dari sekecil tapak tangan hingga meningkat dewasa dan mengenal erti dunia. Tapi ape yang kita buat untuk mereka???? Meraka tidak meminta wang ringgit untuk semua itu tetapi hanya satu, iaitu menghormati meraka. Adakah cukup sekadar menhormati mereka???? Apakah salah sekiranya kita taat setia, menceriakan meraka, membawa kejayaan untuk meraka, taat kepada agama dan yang paling penting adalah menjaga meraka apabila sudah tua nanti. Bagi yang bergelar anak adakah itu semua sudah memadai dengan ape yang meraka lakukan untuk kita, selama 9 bulan emak mengandungkan kita, adakah itu semua sudah cukup??? Hanya satu yang ingin saya katekan iaitu

SAYA SAYANG EMAK SAYA . .

Selasa, 3 Mac 2009

Vedio You Tube



Music nie adalah separuh dari hidup aku,aku rase korangpun same macam aku gak. Bagi aku bile dengar music nie boleh hilangkan tekanan sikit,ha bagi yang mengalami tekanan hidup or kerja cuba la,ha jangan nak tension-tension k.. Selamat mencuba.......

Ahad, 1 Mac 2009

Dunia Aku..



Ramai orang kate dunia nie kecik je,betul ke ape yang dicakapkan tu???? Bagi aku dunia nie terlalu luas untuk semua bende hidup di dunia ciptaan tuhan yang maha agung... Bagi yang berkata "ye" untuk soalan tadi tu meraka salah kerana sekiranya kita dipisahkan dengan sehelai kertas saja kita sudah tidak nampak ape yang ada di sebelah kita,inikan pula mereka yang duduk hujung dunia langsung xnampak ape2 betul x????
Ha jadi bagi yang mengatakan dunia ini kecik sebaiknya anda memikirkannya semula.........

Vedio You Tube

KAwan-kawan Kolej YPJ Segamat




Ha nie adalah kawan-kawan aku mase aku menuntut di Kolej ypj Segamat,semua aku lalui di sini suke duka semuanye pernah aku lalui.. Aku ambil kos Juruteknik Sistem Komputer. Ha bagi yang berminat boleh la join kolej nie k...
Mase nie aku baru level 2,jangan pelik sebab sume biru je kan? ha sebenarnya tu adalah tema kami bior nampak seragam je... Tapi salah seorang antara kawan-kawan aku tu ade yang telah pergi buat selame-lamenya.. Tuhan lebih sayangkan dia,dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Yang membuatkan aku betul-betul sedih adalah kerana seminggu sebelum arwah meninggal dia sempat melawat aku dan kawan-kawan yang lain.Dan dia meninggal mase tu seminggu puasa pada hari jumaat... Al-fatihah..... Bagi yang masih hidup nie haruslah meneruskan kehidupan sampai ke akhir hayat... Salam Manis TAmpa Madu....
 

ZoN BuDaK SaKiT@PA_E# © 2008. Design By: SkinCorner