Isnin, 23 Mac 2009

Kayu Kokka



Kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini, ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera & tongkat Nabi Nuh AS, dan Nabi Syuaib AS sendiri diperbuat dari kayu kokka.

Kayu kokka terdapat perbagai rahsia & kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung.Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih. Kayu kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.

Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..

Kayu Kokka yang paling baik mutunya berasal dari negara turki. Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria, Iran & Mesir. Untuk mengenal ciri-ciri Kayu Kokka & lain-lain lagi sila lawati:http://www.darulnuman.com/

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT & yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.

semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara

(INSYA ALLAH)

Jumaat, 20 Mac 2009

Cinta Palsu Inilah Buktinya



Bercinta sama cinta, kononnya sanggup sehidup semati

Bila dah berisi laki angkat kaki, tinggallah si mangsa seorang diri.

Angkara hidup bebas tampa batasan agama, janin-janin yang tidak berdosa menjadi mangsa manusia durjana.
Bayi yang suci dan tidak berdosa di buang merata-rata.
Di mana perginya sikap perikemanusiaan.
Apa salah meraka????
Wahai kawan-kawan ku sekalian, ingatlah dengan melakukan zina sudah begitu besar dosanya, janganlah menambah dosa yang tidak terperi azabnya.......

Khamis, 19 Mac 2009

Kata-Kata


Kata-kata yang di ucapkan sebarangan akan mewujudkan perselisihan,
Kata-kata yang kejam akan menghancurkan sesuatu kehidupan,
Kata-kata yang kene pada tempatnya akan dapat meredakan ketegangan,
Kata-kata yang penuh cinta dan sayang dapat menyembuhkan dan memberkati...

Pupuk Minda Sihat


Untuk menangani stress amalkan 10 B

  1. Bernafas dengan dalam.
  2. Bertenang.
  3. Berurut.
  4. Berehat & dengar muzik.
  5. Berkata relakslah.
  6. Bersenam.
  7. Beriadah.
  8. Berfikir positif.
  9. Beribadat.
  10. Berdoa banyak-banyak semoga sihat selalu..








Rabu, 18 Mac 2009

Pangkat vs Maruah


Adakah pangkat lebih penting dari maruah???
Di dunia ini manusia berlumba-lumba mengejar pangkat dan darjat sehingga ade yang sanggup gadaikan maruah...
Ingatlah wahai kawan-kawan ku, kita hidup di dunia ini cuma sementara sahaja. Pangkat dan darjat tidak boleh dibawa bersama, di akhirat jua kita kekal untuk selamanya..
Setinggi manapun pangkat kita di dunia ini, kite tetap akan ke tanah juga
Tetapi....
Selagi kita masih bermaruah selagi itu masyarakat akan pandang tinggi, hormat dan di pandang tinggi oleh semua...
Wahai kawan-kawan ingatlah, walau di mana kita,tinggi mana pangkat kita, di mana level kita, banyak manepun wang kita.
Kita tetap same, manusia yang bersujud pada tuhan yang satu....




Selasa, 17 Mac 2009

Senyum Aje.

Kalaw orang kate kita gila, kita senyum je.
Kalaw orang kate kita tak guna, bodoh ape sume, kita senyum lagi.
Kalaw orang tampo muka kita, kita senyum jugak.
Kalaw orang nak bunuh kita, memang sah gila, kalaw kite tunggu lagi hahahahaha....
lari la...

Rabu, 11 Mac 2009

Tanya???


Bertanya pada diri sudah pastikah haluan diri?
Bertanya pada hati sudah wujudkah rasa simpati?
Bertanya pada jiwa sudah mampukah mengharungi kecewa?
Berapa lama lagikah kita harus bertanya......
 

ZoN BuDaK SaKiT@PA_E# © 2008. Design By: SkinCorner